Monday, August 31, 2020

Perbahasan Rang Undang-Undang Langkah-Langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19) 2020 pada 25/8/2020

 Perbahasan YB Wong Hon Wai (Ahli Parlimen Bukit Bendera) semasa bacaan kedua Rang Undang-Undang Langkah-Langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19) 2020 pada 25/8/2020


Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya turut ingin menyertai perbahasan Rang Undang-undang Langkah-langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) 2020. 

Pertama sekali Tuan Yang di-Pertua, seperti tadi para pembahas telah membangkitkan isu kelewatan itu adalah kelewatan yang teramat sangat kerana di negara-negara lain, legislation sebegini telah diluluskan pada bulan Mac, April dan Mei. Kita mengalami kelewatan yang amat lewat. Rang undang-undang sedemikian, kalau di negara-negara lain, ia merupakan satu social legislation untuk membantu ataupun menangguhkan kesan jangka waktu tertentu pelaksanaan kewajipan kontrak terhadap pihak yang lebih lemah, mereka yang tidak memiliki kuasa tawar- menawar yang sama kekuatan dengan pihak kontrak yang lain. Dengan ini it is a social legislation untuk memberikan relief undang-undang kepada individu dan perniagaan terutamanya industri kecil dan sederhana (SME) selepas pandemik COVID-19. 

Saya meneliti ucapan Yang Berhormat Menteri tadi bahawa Menteri menyebut terdapat 58 peraturan ataupun perintah yang telah dipinda selepas COVID-19 ini. Saya hendak mentafsirkan ia sebagai subsidiary legislation. Saya ingin meminta satu senarai penuh 58 peraturan perintah yang telah dipinda subsidiary legislation ini supaya kita untuk kajian selanjutnya. 

Seperti isu-isu yang telah dibangkitkan oleh pembahas-pembahas sebelum ini, saya ingin membangkitkan satu isu yang tidak terkandung dalam pindaan ini iaitu untuk kes lelong di mahkamah. Untuk kes lelong di mahkamah ditadbir di bawah seksyen 257 (1)(g) Kanun Tanah Negara untuk lelong di mahkamah yang antara lain menyebut bahawa masa untuk membayar (purchase prices) hendaklah dilengkapkan dalam masa 120 hari. 

Di dalam seksyen 257(1)(h) itu dan kalau tidak dipenuhi dalam tempoh 120 hari, deposit akan shall be forfeited dan mahkamah telah mentafsirkan dalam satu kes di mahkamah Tinggi  di Pulau Pinang baru-baru ini bahawa berdasarkan seksyen 257(1)(g) dan seksyen 257(1)(h) Kanun Tanah Negara, bahawa tiada lanjutan masa diberi. 

Walaupun terdapat lockdown (MCO) berlaku pada 18 Mac 2020 dan pengadu tersebut meminjam pinjaman bank dan gagal menyempurnakan proses tersebut kerana perlu complete loan document, facility document presentation, caveat dan sebagainya. Apakah relief? Apakah undang-undang ini memberikan relief kepada kes-kes lelong di mahkamah. 

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang berpandukan kepada National Land Code sedia ada rayuan lanjutan masa ditolak dan pihak Maybank telah forfeited sejumlah wang sebanyak RM30,000. Ini merupakan lelong deposit untuk 10 peratus untuk hartanah yang bernilai lebih kurang RM300,000. What is the relief?  undang-undang ini tidak memberikan relief spesifik kepada kes lelong yang depositnya dilucutkan? 

Saya membaca satu seksyen 58(1) di bawah Pelanjutan Masa Untuk Melaksanakan Kewajipan dan Aplikasi Statutori dan seksyen 58(2) bahawa berkuat kuasa dan itu perlu Menteri yang dipertanggungjawabkan dengan tanggungjawab bagi mana-mana akta untuk mengeluarkan satu notis statutori untuk menurut perintah disiarkan di dalam Warta untuk melakukan apa yang saya sebut tadi. 

Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, adakah Menteri sama ada JPM (Undang- undang) ataupun Menteri yang bertanggungjawab Kanun Tanah Negara, Menteri Tanah bersedia mempertimbangkan dan mengeluarkan perintah disiarkan di dalam Warta untuk memberikan lanjutan masa kepada kes-kes lelong di mahkamah yang deposit mereka telah dilucutkan oleh bank dan tiada remedi diberikan oleh mahkamah. 

Saya ingin mendapat penjelasan dan juga spesifik berkenaan isu ini oleh Yang Berhormat Menteri. Itu sahaja yang saya ingin bangkitkan. Terima kasih.

No comments: